Dua
kisah kehidupan. Dua kisah percintaan yang berbeza. Kerana
cinta mereka bahagia. Kerana cinta mereka merana. Kerana cinta
mereka bersengsara.
CINTA - Seorang gadis yang kematian ibu bapa. Dia dijaga oleh
ibu saudara yang mengasihi dirinya. Perkenalan dengan Hazriq
membuatkan dia mula mengenali erti rindu. Namun, hubungan
mereka dicemburui oleh Lidya,sepupunya. Lidya mula membuat
racangan bagi memisahkan mereka. Cinta sedaya upaya
mempertahankan hubungannya dengan Hazriq namun apabila Hazriq
sendiri berubah hati, dia terpaksa mengalah. Kerana kecewa,dia
akhirnya membawa diri...
HAIRI - Cintanya terhadap Salina tiada bandingnya tetapi
hubungan mereka tidak direstui keluarganya. Kerana cinta yang
mendalam dia sanggup meninggalkan kemewahan demi untuk insan
yang di sayangi. Hatinya gembira tatkala ibunya mula berubah
dan mengajak dia kembali ke rumah. Namun, di sebalik kebaikan
itu, terdapat seribu dendam. Kerana terlalu kecewa dengan
nasib dirinya, dia sekali lagi membawa diri...
Dua kisah menjadi satu. Kerana cinta mereka dipertemukan.
Kerana cinta mereka sekali lagi mengharungi dugaan kehidupan.
Dugaan Hazriq yang sekali lagi hadir menagih kasih lalu
mengusik hati Cinta. Ditambah lagi dengan sikap ibu Hairi yang
masih lagi memikirkan soal darjat. Satu demi satu dugaan yang
datang adakalanya menyebabkan mereka keliru namun mereka tetap
menempuhnya dan mempertahankan hanya KERANA C.I.N.T.A
Tajuk : Kerana C.I.N.T.A
Penulis
:
Ezi Afiza
Harga Biasa
: RM16.00
Penerbit : Kaki Novel Enterprise