Raffique,
aku mahu kau tahu bahawa air mata ini tidak pernah kering tiap
kali aku mengingatimu. Tiap belaianmu, tiap titis kasihmu
membuat aku tidak pernah tahu apa itu erti derita. Namun semua
itu hanya memori semalam. Kau bawa pergi kasih kita. Kau
tinggalkan mimpi indah di saat cinta bersemi. Tiap duka yang
terpendam kusimpan bersama. Dan kusingkap kenangan dulu tiap
kali rindu datang.
Andai bisa kulafazkan erti cinta ini, akan kucoret di tiap
dada langit yang kosong. Sepanjang perjalanan ini aku
menghitung hari demi hari, Mencari cinta yang agung. Aku ingin
menjadi teman di setiap mimpi indah dalam lenamu. Aku juga
mahu menjadi sesuatu yang akan sentiasa kau rindui. Aku mahu
tiap langkahku kau ada bersama, kerana aku tahu aku
menyintaimu. Dan aku mahu menjadi Faizalmu yang abadi.
Kupertaruhkan cinta yang satu. Kuhitung tiap tutur yang kau
cipta. Kubina impian di atas mimpi yang belum pasti.
Kutitipkan kasih abadi pada janji yang dibina. Dan aku tahu
bila keyakinan kudatang, kasihku bukan hanya sekadar cinta
kerana kasihku adalah seindah Taman Raudah.
Tajuk : Seindah Taman Raudah
Penulis
:
Damia Zahra
Harga Biasa
: RM18.00
Penerbit : Kaki Novel Enterprise